NABAWAN: Ketiadaan perhidmatan telekomunikasi dan sistem pengangkutan selain jalan terputus, merupakan cabaran getir terpaksa dihadapi bagi menghantar bekalan makanan ke kawasan terpencil Pensiangan dekat sini, yang terputus hubungan akibat tanah runtuh sejak 5 Sept lalu.
Ketua Forces Of Love (FOL) Sabah, sebuah badan bukan kerajaan Then Chun Tak berkata perkara itu juga telah menyebabkan kerja-kerja pengumpulan data mengenai penduduk yang memerlukan bantuan serta laporan kejadian itu menjadi amat sukar dan lambat.
Beliau berkata ini kerana kesemua perkara itu, perlu dilakukan secara manual dengan menaiki bot selain berjalan kaki dari kampung ke kampung.
"Pasukan di lapangan juga bergantung kepada internet sekolah dan klinik kesihatan untuk membantu penghantaran maklumat, atau pun perlu turun ke Pekan Pensiangan untuk mendapatkan kemudahan Internet berikutan ketiadaan perkhidmatan telekomunikasi.
"Namun keadaan ini tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan misi bantuan. Penghantaran pertama sebanyak 2.3 tan bahan makanan dilakukan FOL dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggunakan laluan sungai, yang memakan masa perjalanan kira-kira 18 jam pada 12 Sept lalu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Then berkata penghantaran kedua sebanyak 10.45 tan bahan makanan termasuk lapan tan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan 2.45 tan disumbangkan FOL, pula dihantar menggunakan helikopter JBPM dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) semalam.
Beliau berkata bantuan makanan seperti beras, susu, biskut dan makanan dalam tin itu, akan diagihkan kepada keluarga terjejas di beberapa kampung terpencil antaranya Kampung Kabu, Saliliran, Siatu, Simohong, Karampalon, Babayasing, Dobolon, Sibangali dan Pengaraan.
Semalam, media melaporkan JBPM Sabah bersama agensi kerajaan dan NGO, telah menjalankan misi menghantar bantuan bakul makanan menggunakan helikopter kepada kira-kira 500 penduduk di beberapa kampung dekat Pensiangan, yang terputus bekalan susulan tanah runtuh sejak 5 Sept lepas.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Kurup berkata Pejabat Daerah Nabawan dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Nabawan telah melaksanakan penyelenggaraan serta merta, agar penduduk kampung dapat menggunakan semula jalan tersebut dan menambah kekuatan jentera berat beroperasi pada 8 Sept.
Arthur berkata beliau telah bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 14 Sept, untuk membentang laporan kerosakan kejadian itu dan anggaran kos pembaikkan diperlukan, dan Perdana Menteri telah meluluskan bantuan kecemasan bagi penyelenggaraan jalan serta pembinaan jambatan baharu.
"Saya amat bersimpati dengan kejadian bencana alam yang berlaku dan saya akan berusaha dengan sedaya upaya bagi mempercepatkan kerja-kerja pembaikan jalan, untuk kemudahan masyarakat di kawasan tersebut.
"Saya berterima kasih kepada semua yang telah menghulurkan bantuan kecemasan dan turut mengalu-alukan sekiranya terdapat mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan," katanya.
Beliau berkata pihak yang ingin menghulurkan bantuan boleh berhubung dengan Pegawai Daerah Nabawan Peter Jiton selaku Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah, bagi tujuan penyelarasan serta memastikan bantuan tersebut sampai kepada penerima.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 28 2023
Then berkata perkara itu juga telah menyebabkan kerja-kerja pengumpulan data mengenai penduduk yang memerlukan bantuan serta laporan kejadian itu menjadi amat sukar dan lambat. - Gambar fail/Sinar Harian
Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Perak
106 mangsa banjir dipindahkan ke lima PPS susulan hujan lebat malam tadi di Perak. Credit: JBPM Perak
Banjir kilat di Kulim dan Bandar Baharu
Seramai 133 mangsa banjir kilat dipindahkan ke dua PPS yang diaktifkan di Kedah. - Credit APM Kedah
Banjir kilat: 133 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kedah
Semua mangsa yang dipindahkan melibatkan 31 keluarga iaitu di daerah Kulim dan Bandar Baharu dipindahkan sejak jam 4 pagi tadi.
Banjir kilat: 106 mangsa dipindahkan ke lima PPS di Perak
Seramai 106 mangsa dari 33 keluarga telah ditempatkan di lima PPS di tiga daerah iaitu Hilir Perak, Larut Matang Selama dan Kuala Kangsar.
Malaysia, Kazakhstan sepakat perkukuh hubungan, teroka kerjasama baharu
Malaysia dan Kazakhstan sepakat untuk terus memperkukuhkan hubungan yang terjalin sejak 16 Mac 1992, serta meneroka peluang kerjasama baharu.
Tiada terkesan cuaca panas, jemaah dinasihat jaga kesihatan
Walaupun tiada kes jemaah haji Malaysia terkesan kerana cuaca panas ketika ini di Mekah dan Madinah, Ketua Rombangan Haji Malaysia 1445H/2024, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman meminta jemaah dan petugas Lembaga Tabung Haji (TH) supaya terus menjaga kesihatan dan tidak terlalu mendedahkan diri kepada keadaan cuaca panas itu.
MTRK gesa kerajaan Kelantan selesaikan isu air
Kerajaan Kelantan perlu mencari jalan penyelesaian segera bagi menangani masalah air di negeri berkenaan.
Isu kekurangan sumber manusia akan ditangani segera
Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah (Kesihatan Awam) Dr Norizan Ahmad dalam sebuah kenyataan memaklumkan isu kekurangan sumber manusia akan ditangani sebaik mungkin supaya penyampaian perkhidmatan sedia ada tidak terjejas.
TNB tidak perlu bayar cukai tambahan RM1.8 bilion, Mahkamah Rayuan kekal keputusan Mahkamah Tinggi
Panel setuju, TNB sebagai syarikat utiliti elektrik dikenali dan jumlah yang diminta terdiri daripada RA yang sepatutnya dikecualikan.
Doktor pelatih perlu ditempatkan segera di hospital
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengarahkan supaya menempatkan semula doktor pelatih (HO) di hospital daerah yang memerlukan dengan kadar segera.
Gunung Ruang muntahkan asap, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Cuaca di sekitar gunung berapi, satu daripada paling aktif di Indonesia berubah-ubah daripada cerah hingga mendung.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Pulau Pinang siap siaga hadapi bencana susulan hujan lebat, angin kencang
Pasukan Pengurusan Bencana Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bersiap siaga menghadapi sebarang bencana berikutan cuaca tidak menentu sejak semalam.
Ribuan tapak sulaiman terdampar di pantai, amaran bencana alam
Haiwan akuatik itu dikesan terdampar antara Margate Winter Gardens dan Lido di Pantai Margate pada Isnin.
ASEAN alami 28 bencana minggu lepas - Pusat AHA
Kemas kini Pusat AHA mendedahkan bahawa banjir di Indonesia menjejaskan 128,000 individu, 35,000 rumah dan 45 sekolah.
Banjir di Rio de Janeiro ragut 11 nyawa
Sekurang-kurangnya 11 orang maut akibat banjir yang dicetuskan oleh hujan lebat di Rio de Janeiro, Brazil, lapor Sputnik memetik media tempatan pada Isnin.
Ribuan ikan terdampar di pantai, penduduk bimbang bencana alam
Beberapa penduduk tempatan memberitahu wartawan bahawa ikan yang berjaya ditangkap mencecah beberapa tan.
BigBen JKR diarah beroperasi dari 8 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari - Nanta
Operasi membabitkan seluruh staf Cawangan Senggara Fasiliti Jalan JKR dengan empat pelaporan situasi semasa setiap hari.
Pasca letusan Gunung Berapi Semeru cetuskan banjir lahar sejuk
Gegaran banjir lahar sejuk itu berlaku pada 25 Disember dari 12 malam hingga 6 petang waktu tempatan.
Penduduk sifatkan banjir di Bukit Tinggi terburuk dalam tempoh dua tahun
Pertama kali berlaku banjir pada tahun lepas, manakala kejadian kedua pada tahun ini dan kali ini yang ketiga.